Cuckoo International (Malaysia) Sdn Bhd menyasarkan pelaburan lebih RM100 juta bagi pengeluaran produk kesihatan rumah di Selangor bagi pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia.<br /><br />Menurut Ketua Eksekutifnya, Hoe Kian Choon, syarikat itu juga sedang mencari tapak yang sesuai di Lembah Klang untuk membangunkan kilangnya.
